Che Kassim Bin Mansor bersama Komandan AJ Reader dan Pegawai-Pegawai- Bomba di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Selangor pada Tahun 1958.
1.Che Kassim Bin Mansor (Sub Officer) Pegawai Rendah bersama dengan ketua bomba(Regional Fire Officer)Tuan Saunders di Balai bomba Kuala Terengganu.pada tahun 1947.(GambarN01)
|
Allahyarham Che Kassim Bin Mansor telah membuat satu demostrasi bomba (Fire Display) di saksikan oleh Alhamarhum DYMM Tuanku Sultan Ahmad Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan kerajaan di kuala lipis Pahang pada tahun 1940 an.(No4).Gambar No2 menujukkan rumah yang di perbuat dari atap adalah satu latihan mengcegah api dari merebak |
Gambar No 2Allahyarham Che Kassim Bin Mansor bersama dengan anggota TUDM,bomba lapangan terbang dan polis membuat satu demostrasi cara menyelamatkan diri dari berlaku kecemasan pendaratan cemas pada tahun 1952.
|
Che Kassim Mansor bersama Tuan Syaid Noh Shahabudin Pegawai Dearah di Balai Bomba Kulim Sempena Pembukaan Rasmi Balai Bomba pada tahun 1950 an.(No4). |
GAMBAR DI ATAS ADALAH ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR BERSAMA ANGGOTA BOMBA DAN SUK PERLIS.(NO1).
GAMBAR (NO2). ALLAHYARHAM CHE KASSIM BERSAMA ALMARHUM TUANKU PUTERA SYEID JAMALULAIL MEMERIKSA PERBARISAN. AYAHANDA KEPADA TUANKU SYED SIRAJJUDIN RAJA PERLIS.
ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR BERSAMA DENGAN YANG TERAMAT MULIA DULI TUANKU TENGKU MALIK ADINDA KEPADA DYMM SULTAN ABDUL HALIM MUDAZAM SHAH IAITU SULTAN KEDAH.YTM DYMM TENGKU MALIK MERASMIKAN BALAI BOMBA JITRA PADA 27 JUNE 1965.(GAMBAR NO1).
GAMBAR NO 3.ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR DENGAN SENYUMAN KEPADA SEORANG ANGGOTA BOMBA MEMBUAT LATIHAN MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS KEPADA ORANG YANG KENA KEMALANGAN JALAN RAYA.
|
GAMBAR 1.ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR BERGAMBAR BERSAMA DENGAN AHLI-AHLI BOMBA PERLIS.GAMBAR NO 2 MENUJUKKAN DEMOSTRASI CARA MEMADAM MENGGUNAKAN MINYAK PETROL. |
|
GAMBAR DI ATAS ADALAH ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR PENGUASA BOMBA KEDAH/PERLIS. |
ADAKAN SATU MUZIUM KHAS BOMBA DI NEGARA MALAYSIA SERTA NAMA-NAMA SEJARAH PENGARAH BOMBA NEGERI KEDAH.
Saya seorang bekas anggota askar wataniah memberi cadangan saya kepada pihak jabatan bomba dan penyelamat supaya mengadakan satu bahan-bahan sejarah serta muzium khas untuk bomba negara malaysia.Bagi pandangan saya sejarah ini amat penting kepada semua generasi anak-anak muda di malaysia kerana bahan-bahan sejarah adalah amat berharga dan bermutu berbanding dengan sekarang sebagai contoh bagaimana pada zaman era 40 an menggunakan pam air,pakaian seragam,tangga kayu dan nama sejarah ketua pengarah bomba.Saya sebagai seorang cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya adakan satu muzium khas untuk bomba di negara malaysia.Walaupun saya sebagai cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis saya juga ingin melihat bahan-bahan sejarah bomba pada zaman 40 an.Pihak bomba tidak boleh lupa jasa pengorbanan ahli-ahli bomba pada ketika era 1940 an. Bagi pandangan saya sepatutnya pihak bomba harus mengenang jasa ahli bomba pada era tahun 40 an kerana mereka sanggup mengadai nyawa demi menyelamat harta benda serta berjuang di dalam api berbanding dengan sekarang dengan adanya peralatan serta teknologi yang canggih berbanding dengan zaman dahulu.Bagi pandangan saya sepatutnya pihak bomba mengadakan satu muzium khas untuk bomba di negara malaysia.Bagaimana cara-cara mengunakan peralatan memadam kebakaran,pakaian seragam,menyelamat,tangga kayu dan sebagainya.Sepatutnya pihak bomba mengadakan satu bahan-bahan sejarah seperti muzium di negara malaysia.Apa yang saya lihat sekarang iaitu muzium tentera,polis dan keretapi ada muzium tersendiri bomba belum ada mempunyai muzium tersendiri. Saya berharap agar pihak bomba dapat mengadakan satu muzium khas untuk bomba di negara malaysia.Kebanyakkan gambar-gambar aruah kepunyaan tokwan saya semasa beliau bertugas dan berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis ada simpanan ayah saya dan saya serahkan kepada pegawai bomba alor setar iaitu tuan razak,osman dan tuan riduan,bahagian keselamatan dan kebakaran. Saya sebagai seorang cucu memberi gambar dengan secara yang ikhlas kepada jabatan bomba dan penyelamat negeri kedah sebagai kenangan dan juga untuk generasi yang akan datang terutamanya golongan muda mudi boleh dapat lihat dengan jelas bagaimana perkembangan bomba dahulu berbanding dengan zaman sekarang.Sayalah yang ikhlas memberi cadangan saya kepada jabatan bomba dan penyelamat negeri kedah supaya adakan bahan -bahan sejarah bomba di negara malaysia.Bagi pandangan saya sekiranya ada muzium bomba di malaysia pelancong asing pun boleh datang jalan dan melawat ke muzium sejarah bomba.Bagaimana cara-cara menggunakan peralatan pada zaman dahulu boleh menyelamat mangsa kebakaran berbanding dengan zaman sekarang.Jika ada muzium bomba malaysia topi kepunyaan aruah tokwan saya pun akan di beri kepada jabatan muzium bomba malaysia sebagai kenangan.Bagi pandangan saya muzium ini adalah sangat penting kerana generasi yang akan datang boleh dapat lihat perkembangan operasi bomba dulu berbanding dengan sekarang.Saya sebagai seorang cucu memohon maaf sekiranya ada salah silap saya kepada anda satu malaysia yang melayari blog myroschai ini.Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang melayari blog saya myroschai.Kebanyakkan gambar aruah kepunyaan tokwan saya banyak saya berikan kepada jabatan muzium negeri perlis di sebabkan tokwan saya bergambar bersama Almarhum tuanku syed putra jamalulail,adik sultan kedah iaitu Tengku Abdul Malik merasmikan balai bomba jitra pada 27 June 1965 bersama dengan Allahyarham tokwan saya yang bernama che kassim bin mansor dan DYMM Sultan Kedah iaitu Tuanku Sultan Abdul Halim Muddazam Shah semasa perasmian balai bomba baling bersama dengan aruah tokwan saya iaitu Che Kassim Bin Mansor semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu aruah tokwan saya juga bergambar dengan DYMM Alharhum Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang semasa aruah tokwan saya membuat satu petunjukkan cara-cara memadam kebakaran di Kuala Lipis Pahang.Kebanyakkan zaman sekarang terutamanya golongan muda mudi lupa sejarah mereka tidak tahu betapa susah kehidupan orang-orang zaman dahulu.Saya sebagai seorang cucu tunggal che kassim ingin memberi kesedaran kepada golongan muda mudi supaya muda-mudi tidak harus melupakan sejarah.Kita harus mengingatkan peristiwa sejarah pada era 30 an.Bagaimana zaman dahulu boleh menentang api dan lain-lain.Kita sebagai golongan yang muda harus mengingat peringatan sejarah.Bagi pandangan saya sejarah tidak harus di lupakan.Jadi generasi yang akan datang boleh dapat lihat dengan secara yang jelas perkembangan operasi bomba dulu dengan bomba sekarang.Saya berharap supaya generasi muda mudi yang akan datang nanti mereka tidak harus melupakan sejarah pengorbanan ahli-ahli bomba dulu.Kita perlu mengenang jasa kebaktian ahli-ahli bomba yang terdahulu.Janganlah lupa kepada orang yang lama berkhidmat dengan perkhidmatan bomba pada masa tu.Pihak bomba harus mengenang jasa kebaktian ahli-ahli bomba termasuklah dengan aruah tok wan saya,semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu banyak jasa kepada bomba.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan generasi muda mudi terutamanya pegawai-pegawai bomba sekarang banyak yang lupa sejarah megenai bomba serta tidak mengenang jasa bakti aruah tokwan saya semasa berkhidmat dengan jabatan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu.Saya sebagai seorang cucu berasa kesal kerana nama aruah tokwan saya tidak di sebut semasa perasmian balai bomba Tun Abd Razak.Sepatutnya gambar aruah tokwan saya yang bernama Che Kassim Bin mansor di pamerkan semasa perasmian balai bomba Tun Abd Razak pada tahun 1996. Dialah anak melayu yang pertama masuk berkhidmat dengan bomba pada tahun 1930 an.Saya berasa kecil hati atas perbuatan bomba yang tidak mengenang jasa bakti aruah tokwan saya,semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba Kedah/Perlis pada masa tu.Kebanyakkan gambar allahyarham Che Kassim Bin mansor kepunyaan tok wan saya semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu banyak saya berikan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah iaitu Tuan Ridzuan,Razak bahagian keselamatan kebakaran Dan Ketua Pengarah Bomba Negeri Kedah iaitu Tuan Ahmad Shahbuddin dan Tuan Haron Bin Tahir Pengarah Bomba Negeri Kedah.Saya sebagai seorang cucu bekas pengarah bomba kedah/perlis saya serah kepada arkib negeri kedah sebagai kenangan bahan-bahan sejarah samalah juga saya beri gambar kepada Jabatan muzium negeri perlis kota kayan.Semasa aruah tokwan saya bertugas dengan perkhidmatan bomba kedah/ perlis pada masa tu kebanyakkan balai bomba negeri kedah adalah ideal tokwan saya yang memberi cadangan balai bomba baling,sungai petani dan kulim.Saya sebagai seorang cucu menyeru agar pihak bomba dapat memberi jasa pengorbanan aruah tokwan saya semasa beliau bertugas menjadi ketua pengarah bomba kedah /perlis pada masa tu dan juga petugas-petugas semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.Saya berharap agar pihak bomba tidak melupai jasa-jasa pengorbanan aruah tokwan saya semasa bertugas dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis dan juga petugas-petugas bomba jasa perlu di kenang tidak harus di lupai.Saya sebagai seorang cucu mengucapkan ribuan terima kasih kepada jabatan bomba dan penyelamat sekiranya menghargai jasa-jasa bakti aruah tokwan saya.Saya sebagai seorang cucu bekas pengarah bomba kedah/perlis memberi cadangan saya kepada Dato Wan supaya dapat memperingati ulang tahun jasa-jasa pengorbanan mereka semasa bertugas sebelum perang dunia kedua dan selepas perang dunia kedua.Bagi pandangan saya Dato wan jasa-jasa perlu di kenang seperti tentera walaupun mereka memperjuang seitik darah yang mengalir ke bumi kerana mempertahankan negara.Walaupun bomba tidak memerangi musuh mereka memperjuangkan kebakaran demi menyelamat nyawa manusia serta harta benda sepatutnya pihak bomba mengadakan sambutan ulang tahun serta doa tahlil kepada ahli-ahli bomba yang telah terkorban sama ada dalam kejadian perang atau sebelum perang dunia kedua.Semasa Perasmian balai bomba Alor Setar Jalan Tun Abdul Razak pada tahun 1996 balai bomba Alor Setar telah di asingkan oleh perlis.Apabila saya dan keluarga pergi upacara majlis perasmian balai bomba Alor Setar kebanyakan nama-nama si meninggal dunia dapat menerima pingat dan orang-orang yang pencen pun dapat menerima pingat kenapa nama aruah tokwan saya tidak di sebut.Bagi Pandangan saya sepatutnya pihak bomba memberi pingat kepada anak atau cucu sebagai wakil si meningal dunia.Sepatutnya pihak bomba menghargai jasa-jasa bakti aruah tokwan saya semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.
Saya harap Y.A.S Dato Wan Mohd Nor Bin Ibrahim selaku ketua pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dapat menerima serta cadangan saya ini.Kebanyakkan gambar kepunyaan aruah tokwan saya banyak saya berikan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis kerana allahyarham che kassim mansor bergambar bersama dengan Almarhum DYMM Raja Perlis Tuanku Putra Syed Jamalulail semasa perasmian balai bomba kangar perlis. Tujuan saya berikan gambar ini kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis adalah sebagai kenangan dan juga adik-beradik serta kaum keluarga boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi perkembangan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada era 40 an.Tujuan saya yang saya berikan gambar adalah sebagai kenangan untuk memperingati jasa-jasa bakti pengorbanan ahli-ahli bomba yang mana bekas bawah tangan dengan allahyarham Che Kassim Bin Mansor semasa beliau memegang jawatan penguasa bomba kedah dan perlis pada masa era 40 an,jadi adik beradik serta kaum keluarga boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi perkembangan bomba pada zaman era tahun 40 an sebelum tanah melayu belum mencapai kemerdekaan lagi.Jadi anak cucu kita yang akan datang nanti boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi mengenai perkembangan sejarah penubuhan bomba di tanah melayu dan pengorbanan ahli-ahli bomba dulu yang telah berkhidmat dengan bawah tangan aruah tokwan saya iaitu Che Kassim Bin Mansor.Saya berharap agar pihak bomba dapat mengadakan satu muzium khas untuk bomba Malaysia. Semoga apa yang saya ceritakan kepada anda adalah kebaikan bersama dan pelajaran untuk semua rakyat satu malaysia.Apa yang saya ceritakan adalah kebaikan bersama untuk rakyat satu malaysia serta dapat memberi pelajaran kepada generasi anak-anak muda yang akan datang.Semoga Aruah tokwan saya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman. Saya harap agar pihak jabatan bomba dan penyelamat adakan satu pameran gambar-gambar sejarah penubuhan bomba di tanah melayu kepada masyarakat umum serta kepada anak-anak generasi muda bagaimana ahli-ahli bomba pada tahun 1940 an menggunakan pam air,tangga kayu dan sebagainya.Saya sebagai seorang cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis bercadangkan kepada pihak bomba supaya memberi peluang kepada masyarakat satu malaysia serta anak-anak muda boleh dapat melihat gambar-gambar dengan secara yang lebih jelas mengenai sejarah penubuhan bomba di tanah melayu semasa pameran nanti. Gambar diatas adalah Allahyarham Che Kassim Bin Mansor Penguasa Bomba Kedah/Perlis.Saya sebagai seorang cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis bercadang kepada jabatan bomba dapat mengadakan satu pameran bomba era tahun 1930-1960 an siapa yang menjadi pengarah bomba negeri.Saya sebagai seorang cucu berdoa kepada Allah SWT supaya semua allahyarham petugas-petugas bomba semoga aruah di dalam golongan orang-orang yang beriman begitu juga dengan allahyarham tokwan saya tergolong orang-orang yang beriman.Saya juga berharap kepada tuan-tuan dan puan-puan yang melayari blog saya ini semoga anda dapat memberi sedekah doa al Fatihah kepada semua allahyarham-allahyarham yang berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua semoga anda di berkati oleh Allah Swt serta di murahkan rezeki dan usia yang panjang.Marilah kita semua berdoa kepada semua allahyarham petugas-petugas anggota bomba Semoga roh di dalam keadaan orang-orang yang beriman.Semoga anda semua sihat dan diberkati oleh Allah swt dan usia yang panjang.Mudah-mudahan kita semua di berkati oleh allah swt.Tujuan saya adalah untuk menceritakan kepada anda semua mengenai latar belakang sejarah allahyarham Che Kassim Bin Mansor semasa memegang jawatan sebagai penguasa bomba Kedah dan Perlis.Tok wan saya adalah seorang yang jujur dan amanah dalam sesuatu tugasan semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba Kedah dan Perlis.Apa yang saya ceritakan kepada anda semua dalam blog myroschai ini adalah benar bukan rekaan semata-mata.Di samping itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca blog myroschai ini.Sekian Terima Kasih dan Salam Satu Malaysia.