Khamis, 21 April 2011

UTAMA

                                        Che Kassim Bin Mansor bersama Komandan AJ Reader dan Pegawai-Pegawai- Bomba di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Selangor pada Tahun 1958.

1.Che Kassim Bin Mansor (Sub Officer) Pegawai Rendah bersama dengan ketua bomba(Regional Fire Officer)Tuan Saunders di Balai bomba Kuala Terengganu.pada tahun 1947.(GambarN01)

Allahyarham Che Kassim Bin Mansor  telah membuat satu demostrasi bomba (Fire Display) di saksikan oleh Alhamarhum DYMM Tuanku Sultan Ahmad Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan kerajaan di kuala lipis Pahang pada tahun 1940 an.(No4).Gambar No2 menujukkan rumah yang di perbuat dari atap adalah satu latihan mengcegah api dari merebak
                   Gambar No 2Allahyarham Che Kassim Bin Mansor bersama dengan anggota TUDM,bomba lapangan terbang dan polis membuat satu demostrasi cara menyelamatkan diri dari berlaku kecemasan pendaratan cemas pada tahun 1952.


Che Kassim Mansor  bersama Tuan Syaid Noh  Shahabudin  Pegawai Dearah di Balai Bomba  Kulim Sempena  Pembukaan Rasmi  Balai  Bomba pada tahun 1950 an.(No4).
GAMBAR DI ATAS ADALAH ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR BERSAMA ANGGOTA BOMBA DAN SUK PERLIS.(NO1).
GAMBAR (NO2). ALLAHYARHAM CHE KASSIM BERSAMA ALMARHUM TUANKU PUTERA SYEID JAMALULAIL MEMERIKSA PERBARISAN. AYAHANDA KEPADA TUANKU SYED SIRAJJUDIN RAJA PERLIS.
ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR BERSAMA DENGAN YANG TERAMAT MULIA DULI TUANKU TENGKU MALIK ADINDA KEPADA DYMM SULTAN ABDUL HALIM MUDAZAM SHAH IAITU SULTAN KEDAH.YTM DYMM TENGKU MALIK MERASMIKAN BALAI BOMBA JITRA PADA 27 JUNE 1965.(GAMBAR NO1).
GAMBAR NO 3.ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR DENGAN SENYUMAN KEPADA SEORANG ANGGOTA BOMBA MEMBUAT LATIHAN MEMBERI PERTOLONGAN CEMAS KEPADA ORANG YANG KENA KEMALANGAN JALAN RAYA.
GAMBAR 1.ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR BERGAMBAR BERSAMA DENGAN AHLI-AHLI BOMBA PERLIS.GAMBAR NO 2 MENUJUKKAN DEMOSTRASI CARA MEMADAM MENGGUNAKAN MINYAK PETROL.

GAMBAR DI ATAS ADALAH ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR PENGUASA BOMBA KEDAH/PERLIS.

 ADAKAN SATU MUZIUM KHAS BOMBA DI NEGARA  MALAYSIA SERTA NAMA-NAMA SEJARAH PENGARAH BOMBA NEGERI KEDAH.

Saya seorang bekas anggota askar wataniah memberi cadangan saya kepada pihak jabatan bomba dan penyelamat supaya mengadakan satu bahan-bahan sejarah serta muzium khas untuk bomba negara malaysia.Bagi pandangan saya sejarah ini amat penting kepada semua generasi anak-anak muda di malaysia kerana bahan-bahan sejarah adalah amat berharga dan bermutu berbanding dengan sekarang sebagai contoh bagaimana pada zaman era 40 an menggunakan pam air,pakaian seragam,tangga kayu dan nama sejarah ketua pengarah bomba.Saya sebagai seorang cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia supaya adakan satu muzium khas untuk bomba di negara malaysia.Walaupun saya sebagai cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis saya juga ingin melihat bahan-bahan sejarah bomba pada zaman 40 an.Pihak bomba tidak boleh lupa jasa pengorbanan ahli-ahli bomba pada ketika era 1940 an. Bagi pandangan saya sepatutnya pihak bomba harus mengenang jasa ahli bomba pada era tahun 40 an kerana mereka sanggup mengadai nyawa demi menyelamat harta benda serta berjuang di dalam api berbanding dengan sekarang dengan adanya peralatan serta teknologi yang canggih  berbanding dengan zaman dahulu.Bagi pandangan saya sepatutnya pihak bomba mengadakan satu muzium khas untuk bomba di negara malaysia.Bagaimana cara-cara mengunakan peralatan memadam kebakaran,pakaian seragam,menyelamat,tangga kayu dan sebagainya.Sepatutnya pihak bomba mengadakan satu bahan-bahan sejarah seperti muzium di negara malaysia.Apa yang saya lihat sekarang iaitu muzium  tentera,polis dan keretapi ada muzium tersendiri bomba belum ada mempunyai muzium tersendiri. Saya berharap agar pihak bomba dapat mengadakan satu muzium  khas untuk bomba di negara malaysia.Kebanyakkan gambar-gambar aruah kepunyaan tokwan saya semasa beliau bertugas dan berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis ada simpanan ayah saya dan saya serahkan kepada pegawai bomba alor setar iaitu tuan razak,osman dan tuan riduan,bahagian keselamatan dan kebakaran. Saya sebagai seorang cucu memberi gambar dengan secara yang ikhlas kepada jabatan bomba dan penyelamat negeri kedah sebagai kenangan dan juga untuk generasi yang akan datang terutamanya golongan muda mudi boleh dapat lihat dengan jelas bagaimana perkembangan bomba dahulu berbanding dengan zaman sekarang.Sayalah yang ikhlas memberi cadangan saya kepada jabatan bomba dan penyelamat negeri kedah supaya adakan bahan -bahan sejarah bomba di negara malaysia.Bagi pandangan saya sekiranya ada muzium bomba di malaysia pelancong asing pun boleh datang jalan dan melawat ke muzium sejarah bomba.Bagaimana cara-cara menggunakan peralatan pada zaman dahulu boleh menyelamat mangsa kebakaran berbanding dengan zaman sekarang.Jika ada muzium bomba malaysia topi kepunyaan aruah tokwan saya pun akan di beri kepada jabatan muzium bomba malaysia sebagai kenangan.Bagi pandangan saya muzium ini adalah sangat penting kerana generasi yang akan datang boleh dapat lihat perkembangan operasi bomba dulu berbanding dengan sekarang.Saya sebagai seorang cucu memohon maaf sekiranya ada salah silap saya  kepada anda satu malaysia yang melayari blog myroschai ini.Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang melayari blog saya myroschai.Kebanyakkan gambar aruah kepunyaan tokwan saya banyak saya berikan kepada jabatan muzium negeri perlis di sebabkan tokwan saya bergambar bersama  Almarhum tuanku syed putra jamalulail,adik sultan kedah iaitu Tengku Abdul Malik merasmikan balai bomba jitra pada 27 June 1965 bersama dengan Allahyarham tokwan saya yang bernama che kassim bin mansor dan DYMM Sultan Kedah iaitu Tuanku Sultan Abdul Halim Muddazam Shah semasa perasmian balai bomba baling bersama dengan aruah tokwan saya iaitu Che Kassim Bin Mansor semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu aruah tokwan saya juga bergambar dengan DYMM Alharhum Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang semasa aruah tokwan saya membuat satu petunjukkan cara-cara memadam kebakaran di Kuala Lipis Pahang.Kebanyakkan zaman sekarang terutamanya golongan muda mudi lupa sejarah mereka tidak tahu betapa susah kehidupan orang-orang zaman dahulu.Saya sebagai seorang cucu tunggal che kassim ingin memberi kesedaran kepada golongan muda mudi supaya muda-mudi tidak harus melupakan sejarah.Kita harus mengingatkan peristiwa sejarah pada era 30 an.Bagaimana zaman dahulu boleh menentang api dan lain-lain.Kita sebagai golongan yang muda harus mengingat peringatan sejarah.Bagi pandangan saya sejarah tidak harus di lupakan.Jadi generasi yang akan datang boleh dapat lihat dengan secara yang jelas perkembangan operasi bomba dulu dengan bomba sekarang.Saya berharap supaya generasi muda mudi yang akan datang nanti mereka tidak harus melupakan sejarah pengorbanan ahli-ahli bomba dulu.Kita perlu mengenang jasa kebaktian ahli-ahli bomba yang terdahulu.Janganlah lupa kepada orang yang lama berkhidmat dengan perkhidmatan bomba pada masa tu.Pihak bomba harus mengenang jasa kebaktian ahli-ahli bomba termasuklah dengan aruah tok wan saya,semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu banyak jasa kepada bomba.Apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan generasi muda mudi terutamanya pegawai-pegawai bomba sekarang banyak yang lupa sejarah megenai bomba serta tidak mengenang jasa bakti aruah tokwan saya semasa berkhidmat dengan jabatan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu.Saya sebagai seorang cucu berasa kesal kerana nama aruah tokwan saya tidak di sebut semasa perasmian balai bomba Tun Abd Razak.Sepatutnya gambar aruah tokwan saya yang bernama Che Kassim Bin mansor di pamerkan semasa perasmian balai bomba Tun Abd Razak pada tahun 1996. Dialah anak melayu yang pertama masuk berkhidmat dengan bomba pada tahun 1930 an.Saya berasa kecil hati atas perbuatan bomba yang tidak mengenang jasa bakti aruah tokwan saya,semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba Kedah/Perlis pada masa tu.Kebanyakkan gambar allahyarham Che Kassim Bin mansor kepunyaan tok wan saya semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada masa tu banyak saya berikan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah iaitu Tuan Ridzuan,Razak bahagian keselamatan kebakaran Dan Ketua Pengarah Bomba Negeri Kedah iaitu Tuan Ahmad Shahbuddin dan Tuan Haron Bin Tahir Pengarah Bomba Negeri Kedah.Saya sebagai seorang cucu bekas pengarah bomba kedah/perlis saya serah kepada arkib negeri kedah sebagai kenangan bahan-bahan sejarah samalah juga saya beri gambar kepada Jabatan muzium negeri perlis kota kayan.Semasa aruah tokwan saya bertugas dengan perkhidmatan bomba kedah/ perlis pada masa tu kebanyakkan balai bomba negeri kedah adalah ideal tokwan saya yang memberi cadangan balai bomba baling,sungai petani dan kulim.Saya sebagai seorang cucu menyeru agar pihak bomba dapat memberi jasa pengorbanan aruah tokwan saya semasa beliau bertugas menjadi ketua pengarah bomba kedah /perlis pada masa tu dan juga petugas-petugas semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.Saya berharap agar pihak bomba tidak melupai jasa-jasa pengorbanan aruah tokwan saya semasa bertugas dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis dan juga petugas-petugas bomba jasa perlu di kenang tidak harus di lupai.Saya sebagai seorang cucu mengucapkan ribuan terima kasih kepada jabatan bomba dan penyelamat sekiranya menghargai jasa-jasa bakti aruah tokwan saya.Saya sebagai seorang cucu bekas pengarah bomba kedah/perlis memberi cadangan saya kepada Dato Wan supaya dapat memperingati ulang tahun jasa-jasa pengorbanan mereka semasa bertugas sebelum perang dunia kedua dan selepas perang dunia kedua.Bagi pandangan saya Dato wan jasa-jasa perlu di kenang seperti tentera walaupun mereka memperjuang seitik darah yang mengalir ke bumi kerana mempertahankan negara.Walaupun bomba tidak memerangi musuh mereka memperjuangkan kebakaran demi menyelamat nyawa manusia serta harta benda sepatutnya pihak bomba mengadakan sambutan ulang tahun serta doa tahlil kepada ahli-ahli bomba yang telah terkorban sama ada dalam kejadian perang atau sebelum perang dunia kedua.Semasa Perasmian balai bomba Alor Setar Jalan Tun Abdul Razak pada tahun 1996 balai bomba Alor Setar telah di asingkan oleh perlis.Apabila saya dan keluarga pergi upacara majlis perasmian balai bomba Alor Setar kebanyakan nama-nama si meninggal dunia dapat menerima pingat dan orang-orang yang pencen pun dapat menerima pingat kenapa nama aruah tokwan saya tidak di sebut.Bagi Pandangan saya sepatutnya pihak bomba memberi pingat kepada anak atau cucu sebagai wakil si meningal dunia.Sepatutnya pihak bomba menghargai jasa-jasa bakti aruah tokwan saya semasa berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.

Saya harap Y.A.S Dato Wan Mohd Nor Bin Ibrahim selaku ketua pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dapat menerima serta cadangan saya ini.Kebanyakkan gambar kepunyaan aruah tokwan saya banyak saya berikan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis kerana allahyarham che kassim mansor  bergambar bersama dengan Almarhum DYMM Raja Perlis Tuanku Putra Syed Jamalulail semasa perasmian balai bomba kangar perlis. Tujuan saya berikan gambar ini kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis adalah sebagai kenangan dan juga adik-beradik serta kaum keluarga boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi perkembangan perkhidmatan bomba kedah/perlis pada era 40 an.Tujuan saya yang saya berikan gambar adalah sebagai kenangan untuk memperingati jasa-jasa bakti pengorbanan ahli-ahli bomba yang mana bekas bawah tangan dengan allahyarham Che Kassim Bin Mansor semasa beliau memegang jawatan penguasa bomba kedah dan perlis   pada masa era 40 an,jadi adik beradik serta kaum keluarga boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi perkembangan bomba pada zaman era tahun 40 an sebelum tanah melayu belum mencapai kemerdekaan lagi.Jadi anak cucu kita yang akan datang nanti boleh dapat lihat dengan lebih jelas lagi mengenai perkembangan sejarah penubuhan  bomba di tanah melayu dan pengorbanan ahli-ahli bomba dulu yang telah berkhidmat dengan bawah tangan aruah tokwan saya iaitu Che Kassim Bin Mansor.Saya berharap agar pihak bomba dapat mengadakan satu muzium khas untuk bomba Malaysia. Semoga apa yang saya ceritakan kepada anda adalah kebaikan bersama dan pelajaran untuk semua rakyat satu malaysia.Apa yang saya ceritakan adalah kebaikan bersama untuk rakyat satu malaysia serta dapat memberi pelajaran kepada generasi anak-anak muda yang akan datang.Semoga Aruah tokwan saya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman. Saya harap agar pihak jabatan bomba dan penyelamat adakan satu pameran gambar-gambar sejarah penubuhan bomba di tanah melayu kepada masyarakat umum serta kepada anak-anak generasi muda bagaimana ahli-ahli bomba pada tahun 1940 an menggunakan pam air,tangga kayu dan sebagainya.Saya sebagai seorang cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis bercadangkan kepada pihak bomba supaya memberi peluang kepada masyarakat satu malaysia serta anak-anak muda boleh dapat melihat gambar-gambar dengan secara yang lebih jelas  mengenai sejarah penubuhan bomba di tanah melayu semasa pameran nanti. Gambar diatas adalah Allahyarham Che Kassim Bin Mansor Penguasa Bomba Kedah/Perlis.Saya sebagai seorang cucu bekas penguasa bomba kedah/perlis bercadang kepada jabatan bomba dapat mengadakan satu pameran bomba era tahun 1930-1960 an siapa yang menjadi pengarah bomba negeri.Saya sebagai seorang cucu berdoa kepada Allah SWT supaya semua allahyarham petugas-petugas bomba semoga aruah di dalam golongan orang-orang yang beriman begitu juga dengan allahyarham tokwan saya tergolong orang-orang yang beriman.Saya juga berharap kepada tuan-tuan dan puan-puan  yang melayari blog saya ini semoga anda dapat memberi sedekah doa al Fatihah kepada semua allahyarham-allahyarham yang berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua semoga anda di berkati oleh Allah Swt serta di murahkan rezeki dan usia yang panjang.Marilah kita semua berdoa kepada semua  allahyarham petugas-petugas anggota bomba Semoga roh di dalam keadaan orang-orang yang beriman.Semoga anda semua sihat dan diberkati oleh Allah swt dan usia yang panjang.Mudah-mudahan kita semua di berkati oleh allah swt.Tujuan saya adalah untuk menceritakan kepada anda semua mengenai latar belakang sejarah allahyarham Che Kassim Bin Mansor semasa memegang jawatan sebagai penguasa bomba Kedah dan Perlis.Tok wan saya adalah seorang yang jujur dan amanah dalam sesuatu tugasan semasa beliau berkhidmat dengan perkhidmatan bomba Kedah dan Perlis.Apa yang saya ceritakan kepada anda semua dalam blog myroschai ini adalah benar bukan rekaan semata-mata.Di samping itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca blog myroschai ini.Sekian Terima Kasih dan Salam Satu Malaysia.

SEJARAH BOMBA.

SEJARAH PERKHIDMATAN BOMBA

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahu 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.Pada 8hb Januari 1977, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Sejarah Jabatan Bomba.
 Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahu 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.




 
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
Pada 8hb Januari 1977, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Maklumat Awam

Sejarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

 Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahu 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.




Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Star


Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Star
MENYINGKAP TADBIR SEJARAH BALAI BOMBA ALOR SETAR
Sebelum tahun 1934 lagi Balai Bomba Alor Star telah pun wujud dan beroperasi dengan
 keanggotaan seramai 4 orang Fireman. Pada masa itu Balai Bomba merupakan sebuah 
garaj dan sebuah Land Rover bersama trailer bertempat 
di Pejabat Tanah Negeri Kedah sekarang ini iaitu berhampiran dengan Balai Besar.

Di dalam tahun 1939 dipercayai Balai Bomba telah dipindahkan ke bangunan yang ada 

sekarang ini di Jalan Raja, Alor Setar. Bangunan tersebut yang mempunyai ruang jentera, 
pejabat dan 2 unit kuarters. Sebelum ini bangunan tersebut digunakan oleh Polis, 
Bahagian Trafik disediakan dengan kemudahan Bilik Kawalan dengan satu talian telefon 
bernombor 221 bagi panggilan kecemasan dan biasa.
Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 Balai Bomba berkenaan masih di tempat 

yang sama. Bantuan keanggotaan dan pengawasan adalah dibawah Polis Alor Setar.

Pada masa ini sebanyak 2 buah jentera Bomba iaitu sebuah jentera jenis Dennis 

No. K 2209 dan sebuah jentera water tender 500 gelen bernombor K 8437.

Semasa Malayan Union dalam tahun 1946 Balai ini mempunyai keanggotaan seramai 4 orang

 Fireman dan seorang pemandu iaitu Encik Yaakob bin Lebai Amin dengan diketuai 
oleh Leading Fireman Encik Abu Bakar bin Haji Saad yang juga menjalankan 
tugas pemandu.
Didalam tahun 1949, Perkhidmatan Bomba telah diletakkan di bawah Pentadbiran 

“Town Board” di mana Balai Bomba Alor Setar telah tertakluk di bawah bidang 
kuasa Majlis Daerah Alor Setar dimana “Chairman” Town Board adalah berkuasa penuh 
kepada Perkhidmatan Bomba ini.
Pada tahun 1951, jawatan “Station Officer” diwujudkan dan Encik Kassim bin Mansor 

yang berpangkat “Superintendent” telah menjawat jawatan tersebut.

“Station Officer” bukan sahaja bertanggunjawab kepada Balai Bomba Alor Setar malah 

dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah. 
Pada masa ini keanggotaan telah bertambah mempunyai 3 orang leading fireman 
iaitu Encik Yaakob, Encik Ghaffar dan Tuan Syed Zain dan terdapat seramai 15 orang fireman.

Bagi menampung keperluan keanggotaan ini, maka pada penghujung tahun 1952 

penambahan 3 blok quarters (quarters sekarang) 
telah didirikan dengan pendaftaran PWD 129, PWD 564 dan PWD 565.

Pada tahun 1958 sebuah jentera baru jenis Bedford No. K 5281, 500 gelen 

telah dibekalkan bagi menggantikan jentera Bedford yang sediada yang telah rosak.

Di dalam tahun  1961 Balai ini telah mendapatkan penambahan sebuah jentera dari jenis 

Wheel Escape Ledder (KA 1681) diikuti pula pada tahun 1964 gantian sebuah lagi jentera
 baru jenis Bedford No. KA 5603.

Sepanjang Perkhidmatan ini beberapa kebakaran besar telah berlaku 

di antaranya pada tahun 1951, sebahagian dari Pekan Kuala Kedah telah musnah dan 
diikuti pula pada tahun 1969 sekali lagi kebakaran berlaku di mana hampir 
keseluruhan Pekan Kuala Kedah telah musnah.

Di dalam tahun yang sama juga, kebakaran di “ Pekan Cowboy” 

Alor Setar telah memusnahkan sebanyak lebih kurang 112 buah rumah kedai.
Selepas Penyatuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pada tahun 1977 

Encik Kassim bin Mansor telah tamat perkhidmatannya dan tempat beliau telah 
digantikan oleh Encik Abd Majid bin Othman.

Sehingga ke hari ini Balai Bomba Alor Setar telah mempunyai 3 jentera bomba jenis water

 tender 400 gelen, sebuah jentera penyelamat dan sebuah jentera Skylift. Keanggotaannya 
seramai 127 orang diketuai oleh Penguasa Bomba. 



Sejarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat

 
Sebelum tahun 1934 lagi Balai Bomba Alor Star telah pun wujud dan beroperasi 
dengankeanggotaan seramai 4 orang Fireman. Pada masa itu Balai Bomba merupakan 
sebuah garaj dan sebuah Land Rover bersama trailer bertempat di 
Pejabat Tanah Negeri Kedah sekarang ini iaitu berhampiran dengan Balai Besar.

Di dalam tahun 1939 dipercayai Balai Bomba telah dipindahkan ke bangunan yang
 ada sekarang ini di Jalan Raja, Alor Setar. Bangunan tersebut yang mempunyai ruang jentera,
 pejabat dan 2 unit kuarters. Sebelum ini bangunan tersebut digunakan oleh Polis, 
 Bahagian Trafik disediakan dengan kemudahan Bilik Kawalan dengan satu talian telefon 
bernombor 221 bagi panggilan kecemasan dan biasa.

Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 Balai Bomba berkenaan masih di tempat 
yang sama. Bantuan keanggotaan dan pengawasan adalah dibawah Polis Alor Setar.
 Pada masa ini sebanyak 2 buah jentera Bomba iaitu sebuah jentera jenis 
Dennis No. K 2209 dan sebuah jentera water tender 500 gelen bernombor K 8437. 
Semasa Malayan Union dalam tahun 1946 Balai ini mempunyai keanggotaan
 seramai 4 orang Fireman dan seorang pemandu iaitu Encik Yaakob bin Lebai Amin 
dengan diketuai oleh Leading Fireman Encik Abu Bakar bin Haji Saad yang juga 
menjalankan tugas pemandu.

Di dalam tahun 1949, Perkhidmatan Bomba telah diletakkan di bawah Pentadbiran 
“Town Board” di mana Balai Bomba Alor Setar telah tertakluk di bawah bidang kuasa 
Majlis 
Daerah Alor Setar dimana “Chairman” Town Board adalah berkuasa penuh kepada 
Perkhidmatan Bomba ini.


Pada tahun 1951, jawatan “Station Officer” diwujudkan dan Encik Kassim bin Mansor
 yang berpangkat “Superintendent” telah menjawat jawatan tersebut. “Station Officer” 
bukan sahaja bertanggunjawab kepada Balai Bomba Alor Setar malah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah. Pada masa ini keanggotaan telah bertambah mempunyai 3 orang leading fireman iaitu Encik Yaakob, Encik Ghaffar dan Tuan Syed Zain dan terdapat seramai 15 orang fireman.

Bagi menampung keperluan keanggotaan ini, maka pada penghujung tahun 1952 
 penambahan 3 blok quarters (quarters sekarang) telah didirikan dengan pendaftaran
 PWD 129, PWD 564 dan PWD 565.

Pada tahun 1958 sebuah jentera baru jenis Bedford No. K 5281, 500 gelen telah 
dibekalkan bagi menggantikan jentera Bedford yang sediada yang telah rosak.

Di dalam tahun 1961 Balai ini telah mendapatkan penambahan sebuah jentera dari 
jenis Wheel Escape Ledder (KA 1681) diikuti pula pada tahun 1964 gantian sebuah lagi 
jentera baru jenis Bedford No. KA 5603. Sepanjang perkhidmatan ini beberapa kebakaran 
besar telah berlaku di antaranya pada tahun 1951, sebahagian dari Pekan Kuala Kedah 
telah musnah dan diikuti pula pada tahun 1969 sekali lagi kebakaran berlaku di mana
 hampir keseluruhan Pekan Kuala Kedah telah musnah.


Di dalam tahun yang sama juga, kebakaran di “ Pekan Cowboy” Alor Setar telah 
memusnahkan sebanyak lebih kurang 112 buah rumah kedai.
 Selepas Penyatuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pada tahun 1977 
Encik Kassim bin Mansor telah tamat perkhidmatannya dan tempat beliau
 telah digantikan oleh Encik Abd Majid bin Othman.

Sehingga ke hari ini Balai Bomba Alor Setar telah mempunyai 3 jentera bomba jenis
 water tender 400 gelen, sebuah jentera penyelamat dan sebuah jentera Skylift. 
 Keanggotaannya seramai 127 orang diketuai oleh Penguasa Bomba.
 






Pengunaan pam yang terawal dipercayai sekitar tahun 200 sebelum Masihi

Pam angkut merupakan peralatan yang digunakan untuk memadam kebakaran pada suatu ketika dahulu

Jentera Bomba Amerika pada kurun ke-18

Jentera Bomba England pada kurun ke-17

Prince Albert, enjin pemadam api yang direka di England pada tahun 1820 dan dijalankan dengan tenaga manusia

Merry Weather & Son adalah enjin pemadam api yang direka pada tahun 1863. Ianya dijalankan dengan kuasa wap dan ditarik dengan tenaga kuda

Braithwaite & Ericson adalah enjin pemadam api kuasa wap yang pertama pada tahun 1830

Prince Albert, enjin pemadam api yang direka di England pada tahun 1870 dan dijalankan dengan tenaga manusia

Prince Albert adalah enjin pemadam api yang direka di England pada tahun 1880 dan ianya dijalankan menggunakan tenaga manusia dan ditarik dengan kuasa kuda

Leyland merupakan kereta bomba yang direka di England pada tahun 1936 dijalankan dengan kuasa diesel

Horse Drawn Steam adalah enjin pemadam api yang direka di England pada tahun 1867 dan dijalankan menggunakan kuasa wap

Merry Weather adalah enjin pemadam api yang direka di England pada tahun 1896 dan dijalankan menggunakan kuasa wap

Meery Weather adalah kereta bomba yang direka di England pada tahun 1905 dijalankan dengan kuasa wap

Merry Weather & Son, enjin pemadam api yang direka di England pada tahun 1876 dan dijalankan dengan kuasa wap

Leyland Water Tender, kereta bomba yang direka di England pada tahun 1934 dijalankan dengan kuasa diesel

Merry Weather Fire Engine merupakan kereta bomba yang direka pada tahun 1904 dijalankan dengan menggunakan kuasa diesel

Kunjungan Yang Berbahagia Timbalan Ketua Pengarah Bomba Malaysia ke Balai Bomba Baling pada 18 Mac 1981

Kereta Bomba yang digunakan sekitar tahun 1980

Penekanan terhadap disiplin dikalangan anggota bomba amat dititikberatkan

Penambahan bangunan Balai Bomba di Alor Setar di Jalan Raja

Latihan kawad dihadapan Balai Bomba Jalan Raja

Salah satu latihan menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kebakaran

Latihan kawad menggunakan kereta bomba "Wheel Escape"

Kaedah pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa kebakaran

Latihan menggunakan alat pernafasan

Anggota bomba sedang menjalani latihan kawad pam

Latihan menggunakan tangga Ajax

Anggota bomba sedang menjalani latihan menggunakan tangga Ajax

Latihan menggunakan tangga "Ajax Hadder"

Anggota bomba sedang menjalani latihan menggunakan tangga Ajax untuk menyelamatkan mangsa kebakaran



Sejarah Dan Penubuhan Bomba Perlis

Cetak
Perkhidmatan Bomba di negeri Perlis dimulai diawal tahun 1947 yang dianggotai oleh Encik Taha bin Talib, Encik Ahmad bin Hassan dan diikuti kemudiannya oleh Encik Abu Bakar bin Muhammad. Pada ketika itu Perkkhidmatan Bomba dibantu oleh anggota polis. Pada tahun 1960 Perkhimatan Bomba Negeri Perlis yang bergabung dengan Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pada ketika itu, Balai Bomba berada berdekatan dengan bangunan mahkamah (sekarang ini tapak surau).
sejarah-bomba-bp-1sejarah-bomba-bp-2
          Pada tahun 1963 kakitangan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis ditambah seramai lima anggota menjadi lapan amggota semuanya. Pada tahun 1965 Balai Bomba Kangar yang terletak di Jalan Besar Kangar (Persiaran Jubli Emas) telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tunku Syed Putra Jamalulail pada tanggal 22hb. September.
sejarah-bomba-bp-3sejarah-bomba-bp-4
Pada tahun 1980 Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis diletakkan di bawah pentadbiran Perkhidmatan Bomba Persekutuan. Sebagai menanggani kes panggilan kebakaran dan kecemasan yang semakin bertambah sebuah balai bomba yang bertaraf sementara didirikan di pekan Padang Besar Utara. Kedua-dua balai bomba ini diletakkan di bawah pentadbiran Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah yang diketuai oleh seorang pengarah yang berpejabat di Alor Setar.
          Tanggal 1hb. September, 1996 satu sejarah besar telah tercatat apabila Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis diasingkan daripada pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Negeri Kedah, mulai daripada tarikh itu Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis telah beroperasi dengan sendirinya diterajui oleh seorang ketua yang bertaraf pengarah. Pada asalnya pejabat pentadbiran ibu pejabat Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis terletak di Balai Bomba Kangar, Persiaran Jubli Emas, Kangar yang kemudiannya dipindahkan ke Tingkat 5, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas pada 20hb. Januari, 1998 bersama-sama dengan pejabat jabatan-jabatan persekutuan yang lain.
sejarah-bomba-bp-5sejarah-bomba-bp-6
          Senarai pengarah yang pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Bomba Negeri Perlis ialah :
                                        Tuan Shaari bin Mien, 1hb Sept, 1996 hingga 16hb. Feb, 1997
                                        Tuan Haron bin Tahir, 17hb. Feb, 1997 hingga 1hb. Jun, 2000
                                        Tuan Zamri bin Che Din, 2hb. Jun, 2000 hingga 1hb. Ogos, 2003
                                        Tuan Pauzan bin Ahmad, 1hb. Ogos, 2003 hingga 24hb April 2008
          Bagi memantapkan lagi kemampuan dan kecekapan Perkhidmatan Bomba di Negeri Perlis, Balai Bomba Padang Besar yang bertaraf sementara telah dinaikkan ke taraf kekal pada tahun 1984. Sebuah balai bomba baru dua bay serta kuarters telah dibina bagi mengantikan bangunan balai yang sedia ada. Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar serta kuarters ini siap dibina dan mula diduduki pada tahun 2002.
sejarah-bomba-bp-7
          Bagi merialisasikan hasrat jabatan untuk membina sekurang-kurangnya sebuah balai bagi setiap daerah, sebuah Balai Bomba dan Penyelamat serta kuarters telah dibina di Arau. Balai ini siap dibina dan diduduki pada tahun 2003. Upacara perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Arau ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada hari Rabu 23hb. Jun, 2004.





1