Khamis, 21 April 2011

LATAR BELAKANG ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR PENGUASA BOMBA KEDAH DAN PERLIS

Nama tok wan saya ialah Che Kassim Bin Mansor berpangkat penguasa bomba Kedah/Perlis berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis.Aruah tok wan saya berkhidmat dengan perkhidmatan bomba kedah/perlis sejak zaman british lagi sebelum tanah melayu mencapai kemerdekaan lagi.Gambar allahyarham adalah satu sejarah dan amat berharga dan tiada nilainya.Allahyarham Che Kassim berpegang teguh dengan dispilin dan menjalankan tanggungjawab dan amanah tugasannya.Dia adalah anak melayu yang pertama masuk  dalam perkhidmatan bomba kedah/perlis dan menjadi penguasa bomba kedah/perlis.Allahyarham che kassim pula bergambar dengan  Almarhum D.Y.M.M Tuanku Syed Putra Jamalulail,Sultan Pahang Abu Bakar  dan Sultan Kedah Abdul Halim Muddzam Shah.Che Kassim  Bin Mansor pula adalah penguasa bomba kedah dan perlis.Allahyarham Che Kassim Bin Mansor adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasannya semasa beliau menjadi penguasa bomba kedah/perlis pada masa tu.Aruah tok saya tidak lupa kepada semua petugas anggota bomba beliau mengambil berat terhadap anak-anak buahnya.Tokwan saya pula ada bersangkut pertalian dengan Y.A.B Dato Haji Mohamad Sherif Bin Osman menteri besar kedah yang pertama.Apa yang saya ceritakan kepada anda semua adalah benar mengenai latar belakang Allahyarham Che Kassim Bin Mansor.Semoga anda semua dapat mengetahui sejarah aruah tokwan saya iaitu Che Kassim Bin Mansor.



BUTIRAN LATAR BELAKANG ALLAHYARHAM CHE KASSIM BIN MANSOR.
Nama Penuh : Che Kaasim Bin Mansor
Pendidikan : Sekolah Inggeris Hutching,Georgetown,Penang
Tarikh Lahir: 10 June 1915.
Tempat Lahir: No 11,Transfer Road (Jalan Transfer)Georgetown Penang.
Mula Berkhidmat Dengan Perkhidmatan Bomba Pada 7 June 1941
Alamat PWD No 129 Kuarters Bomba,Jalan Raja,Alor Star,Kedah
Nama Keluarga: Salmah Binti Abdullah(Allahyarhamah)

Tempat Berkhidmat Jabatan Bomba Kuala Lumpur Tukar ke Jabatan Bomba Kuala Terengganu pada tarikh 14 April 1947
Dari Jabatan Bomba Kuala Terengganu Tukar ke Jabatan Bomba Kuala Lipis Pahang Pada tarikh 26 Januari 1948.
Dari Jabatan Bomba Kuala Lipis Pahang Tukar ke Jabatan Bomba Alor Star Kedah Pada Tarikh 1 March 1949 Hingga Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Pada 7 March 1967.